Pelajar perempuan mangsa baru H1N1 - Semasa | mStar

Pelajar perempuan mangsa baru H1N1

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun merupakan mangsa terbaru jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 77 orang sehingga hari ini.

Pelajar itu yang tinggal di asrama sekolah, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, meninggal dunia pada 11 Sept tetapi hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Pelajar berkenaan yang juga dilaporkan menghidapi penyakit asma telah mendapatkan rawatan di hospital pada 7 Sept lepas, akibat demam, batuk dan selesema selama sehari, dan dirawat sebagai kes Penyakit Serupa Influenza (ILI) dan diberikan rawatan pesakit luar", katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Namun setelah didapati simptomnya tidak pulih, beliau berkata pesakit berkenaan dibawa semula ke hospital empat hari kemudian iaitu pada 11 Sept, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)dan diberikan rawatan antiviral.

"Bagaimanapun pesakit meninggal dunia enam jam selepas dimasukkan ke hospital, dan kematian direkodkan sebagai radang paruparu yang teruk dengan jangkitan H1N1 dan bakterial tambahan setelah kes disahkan ujian makmal pada 12 Sept lepas", katanya.

Sementara itu, sejumlah 69 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital hari ini untuk rawatan manakala sebanyak 150 kes telah didiscaj.

"Ini menjadikan baki seramai 740 pesakit ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 190 pesakit disahkan positif H1N1," kata Dr Mohd Ismail.

Beliau berkata daripada 190 kes yang telah disahkan H1N1, sebanyak 29 kes berada di ICU di mana tiga kes merupakan kemasukan baru manakala empat lagi kes telah pun keluar dari ICU.

"Daripada 37 kes yang sedang dirawat di ICU, sebanyak 23 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (sembilan), penyakit respiratori kronik (enam), obesiti (lima), kanakkanak bawah lima tahun (tujuh) dan hamil (dua)," katanya.

Maklumat dan perkembangan terkini jangkitan Influenza A(H1N1) boleh diperoleh melalui talian hotline 038881 0200 atau 038881 0300 dari 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui emel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta laman web kementerian iaitu di http://www.moh.gov.my. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Persembahan kek raya di Istana Negara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain