Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 September - Semasa | mStar

Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 September

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Sabtu mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 Sept bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen.

Kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil Johor; Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Pantai Aceh Pulau Pinang; Teluk Kemang Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra di Selangor; Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; dan pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap Kusza, Setiu; di Kelantan di Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan PKINK Kota Baharu; dan di Pahang ialah di Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang Miri, Teluk Bandung Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak serta Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Warga tua dibunuh, barang kemasnya dirompak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain