suria

Ops Raya 2009 dilancar untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya

Anggota Bomba dan Penyelamat cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit ketika kemalangan pada simulasi penyelamatan kemalangan jalan raya sempena majlis pelancaran 'Ops Raya 2009' anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat di Plaza Tol Sungai Besi di Kuala Lumpur, hari ini. -foto Bernama

SUNGAI BESI: Ops Raya 2009 akan dilancarkan di 16 lokasi terpilih di Lebuh Raya Utara Selatan di Semenanjung Malaysia sempena perayaan hari raya Aidilfitri yang akan berlansung minggu depan.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha kempen tersebut akan bermula pada tarikh yang sama dengan bermula Ops Sikap XVII iaitu dari 13 hingga 27 September ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan peneraju utama dalam kempen tersebut.

Seramai 9,600 anggota bomba yang terlibat dalam operasi kali ini dengan 240 orang anggota akan ditempatkan di lokasi-lokasi terpilih di sepanjang Projek Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS).

Antara agensi lain yang terlibat dalam kempen ini ialah, PLUS, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), ERT Petronas dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Menurut Kong, objektif operasi tersebut diadakan ialah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya yang akan menimpa diri dan keluarga jika berlakunya kemalangan jalan raya.

"Ini juga bagi mengurangkan kesan kemudaratan daripada impak sesuatu kemalangan kepada pengguna jalan raya serta memberikan pengetahuan kepada masyarakat mengenai tindakan yang perlu diambil apabila terlibat dalam situasi kemalangan jalan raya. "Sehubungan itu, kerjasama antara agensi-agensi yang berkaitan perlu bagi melaksanakan operasi kecemasan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Ops Raya 2009 di Plaza Tol Sg Besi di sini pagi Jumaat.

Menurutnya, kempen tersebut mampu meningkatkan tahap keupayaan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan anggota JBPM untuk melaksanakan operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran serta kemalangan yang melibatkan bahan-bahan berbahaya.

Jabatan Bomba turut menunjukkan demonstrasi bagaimana operasi menyelamat dilakukan ketika berlaku kemalangan di jalan raya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain