Polis tahan empat lelaki terbabit dengan dadah dan daun ketum - Semasa | mStar

Polis tahan empat lelaki terbabit dengan dadah dan daun ketum

GERIK: Polis menahan empat lelaki dalam dua serbuan di sekitar kawasan sini kerana disyaki memiliki daun ketum, syabu dan ganja, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Mahad Nor Abdullah berkata dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki lelaki di sebuah kawasan hentian rehat di sini pada pukul 6.13 pagi kerana memiliki enam guni daun ketum segar yang dianggar bernilai RM6,000.

Beliau berkata turut dirampas daripada keduadua lelaki berumur 24 dan 33 tahun itu ialah satu plastik daun ketum yang sudah dijadikan serbuk, serta syabu seberat 0.68 gram bernilai RM300.

"Siasatan awal polis mendapati seorang daripada lelaki itu yang berasal dari Terengganu membeli daun ketum itu di Alor Setar untuk dijual di Terengganu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu dalam serbuan kedua di sebuah rumah rehat, Tasik Raban, di sini, Mahad berkata polis menahan dua lelaki berumur 29 dan 36 tahun yang sedang memproses dadah jenis syabu, dalam keadaan khayal.

Beliau berkata polis turut merampas tujuh paket plastik dadah jenis syabu seberat 4.09 gram dan satu plastik dadah jenis ganja seberat 2.47 gram dalam operasi pada pukul 8.30 malam itu, yang dilancar hasil maklumat orang awam.

"Ketika diserbu keduadua lelaki itu didapati sedang memasukkan ganja dan syabu kedalam plastikplastik kecil dipercayai untuk dipasarkan di daerah ini dan Lenggong," katanya dan menambah polis turut merampas, alat timbang, pemetik api, gunting, plastik dan sebatang besi yang dipercayai digunakan bagi memproses bahan berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain