suria

Kilang proses batu penebat rugi RM600,000 dirompak

IPOH: Sebuah kilang memproses batu penebat di Kawasan Perindustrian Chepor dekat sini kerugian kira-kira RM600,000 selepas dirompak sekumpulan enam lelaki bersenjatakan parang pada pagi Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, dalam kejadian antara pukul 3 hingga 5 pagi itu, kilang berkenaan kehilangan 5,028 keping plat aluminium yang bernilai tinggi di pasaran.

Beliau berkata kumpulan perompak yang memakai topeng itu dipercayai memasuki kilang berkenaan melalui pagar belakang dan mereka kemudian mengikat sembilan pekerja dan mengunci mereka di dalam sebuah bilik.

"Selepas itu, mereka mengambil kepingan aluminium terbabit menggunakan jentera pengangkut milik kilang dan melarikan bahan berkenaan dengan menggunakan lori," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan polis sedang menyiasat kejadian itu.

Pengarah Urusan Isolite Insulting Firebrick Sdn Bhd, Akihiko Okada berkata ia merupakan kejadian rompakan yang pertama di kilang tersebut sejak beroperasi 19 tahun lepas.

"Saya berharap polis akan dapat menangkap penjenayah terbabit dalam kadar segera," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

37 warga asing ditahan di Kg Ladang

Artikel Lain