suria

Perbicaraan kes Karpal hina Sultan Perak bermula hari ini

HADIR...Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes menghina Sultan Perak. Turut hadir ialah ,Penasihat DAP, Lim Kit Siang.Foto AIN CHEW.
HADIR...Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes menghina Sultan Perak. Turut hadir ialah ,Penasihat DAP, Lim Kit Siang.Foto AIN CHEW.
HADIR...Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes menghina Sultan Perak. Turut hadir ialah ,Penasihat DAP, Lim Kit Siang.Foto AIN CHEW.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Pengerusi DAP Karpal Singh telah menyebut kata-kata yang mempunyai kecenderungan menghasut berkaitan Sultan Perak pada sidang akhbarnya, semasa pergolakan politik di negeri Perak ketika itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kamaludin Md Said berkata berikutan dari sidang akhbar itu, telah berlaku demonstrasi dan komenkomen di lamanlaman blog yang menunjukkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia rakyat terhadap Sultan Azlan Shah.

Kamaludin yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah, terdapat sebanyak 103 laporan polis telah dibuat yang menunjukkan kegelisahan rakyat akibat daripada kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu.

"Tertuduh (Karpal) telah memanggil satu sidang akhbar pada 6 Feb 2009 yang diadakan di pejabat firma guamannya sendiri dan dihadiri oleh beberapa wakil media massa.

Pada jam 8 malam pada tarikh itu, rakaman sidang akhbar itu telah disiarkan di media massa dan elektronik. Laporan tentang siaran akhbar itu turut dibuat oleh beberapa akhbar tempatan keesokan harinya," katanya.

Kamaludin berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada hari pertama perbicaraan kes Karpal yang didakwa menyebut katakata menghasut berkaitan Sultan Perak dalam satu sidang akhbar, di pejabatnya Tetuan Karpal Singh & Co, di Jalan Pudu Lama di sini, antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb lepas.

Selepas membaca ucapan pembukaannya, Kamaludin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan bersedia memanggil saksi pendakwaan untuk perbicaraan kes itu.

Wartawan Utusan Malaysia, Nizam Mohd Yatim, yang hadir pada sidang akhbar oleh Karpal itu memberitahu mahkamah bahawa kenyataan akhbar yang dibacakan Karpal pada sidang medianya adalah berkaitan isuisu perlembagaan.

Nizam berkata semasa sidang media itu Karpal membaca kenyataan akhbarnya terlebih dahulu, kemudian baru diadakan sesi soal jawab antara beliau dengan media.

Semasa disoal balas peguam Jagdeep Singh yang mewakili Karpal, Nizam, 38, bersetuju dengan Jagdeep bahawa dalam kenyataan akhbar itu Karpal tidak menyatakan yang beliau akan menyaman Sultan Perak.

Ketika diminta Jagdeep untuk membacakan kenyataan akhbar oleh Karpal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu, Nizam bersetuju bahawa kenyataan itu adalah berkaitan isuisu perlembagaan.

Ditanya Jagdeep sama ada Karpal ada menyebut bahawa beliau akan menyaman Sultan Perak semasa sesi soal jawab dengan media, Nizam berkata dia tidak pasti mengenai perkara itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain