suria

UPP rampas rokok bernilai hampir RM1 juta

JELI: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas 9,250 kartun rokok yang dianggar bernilai hampir RM1 juta dari sebuah lori yang ditahan di Kampung Padang Luas, Jertih Terengganu, dua hari lepas.

Komanden UPP Kelantan Mazlan Che Hamid berkata rampasan dibuat pada pukul 6 pagi, Isnin lepas setelah menahan lori itu dari arah Kuantan yang membawa 185 kotak rokok jenis Halftime 5 menghala ke Kota Baharu.

"Bila lori berjaya ditahan, pemandu lori itu sempat melarikan diri dalam gelap ke kawasan berdekatan dengan membawa sama kunci lori itu," katanya kepada pemberita pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata anggotanya telah membawa lori berkenaan bersama muatan ke pejabatnya di sini untuk siasatan lanjut dan mendapati jumlah cukai yang perlu dibayar sebanyak RM839,900 dan nilai rokok sebanyak RM92,500.

Beliau berkata semua rampasan termasuk lori diserahkan kepada Bahagian Pencegahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Rantau Panjang untuk tindakan lanjut. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain