suria

PAS hanya bersandiwara desak Ronnie Liu letak jawatan - Shabery

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini menyifatkan desakan PAS Selangor supaya kerajaan negeri itu mengugurkan Ronnie Liu sebagai Exco adalah satu sandiwara.

"Ini semua sandiwara PAS sahaja. Tidak akan ada apaapa yang berlaku. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan dia (Liu) akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan.

"Dia akan terus campur tangan dan PAS akan bersuara kononnya dia serius tapi 'nothing happens' (tiada apaapa akan berlaku) selepas ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semaian Bakti 2009 anjuran Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat Kelab Umno Luar Negara di dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Khamis lepas, Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Rentetan itu, PAS Selangor pada Selasa lepas menerusi Pesuruhjaya Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh wakil rakyat DAP itu.

Selain itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata PAS juga seharusnya mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka memandangkan kerajaan telah mengumumkan enam teras Bidang Hasil Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan usaha mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain