suria

Tiga pengedar dadah Malaysia ditangkap di Sg Golok

BANGKOK: Polis Thai menangkap tiga rakyat Malaysia ketika mereka dalam perjalanan untuk membekalkan dadah kepada pelanggan di pusatpusat hiburan di bandar sempadan, Sungai Golok, Narathiwat pada Jumaat.

Ketigatiga mereka dalam usia 26 dan 33 tahun ditahan di sebuah hotel oleh polis diketuai oleh ketua polis Sungai Golok, Kol. Pol. Thanongsak Wangsuph selepas mendapat maklumat.

Media Thai melaporkan polis merampas 50gm "ice" atau methamphetamine kristal, 50gm ketamine dan hampir 5,000 tablet nimetazepam, kesemuanya bernilai Bt200,000 (RM20,000).

Semasa siasatan, warga Malaysia itu memberitahu polis mereka membawa dadah itu masuk dari Malaysia untuk dibekalkan kepada pengedar Thailand yang akan menjualnya kepada pelanggan di pusatpusat hiburan dan pendatang haram di bandar itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain