Tiada pertandingan dijangka bagi jawatan nombor 1 - Ketua SPDP - Semasa | mStar

Tiada pertandingan dijangka bagi jawatan nombor 1 - Ketua SPDP

KUCHING: Persidangan tiga-tahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang akan dijadual berlangsung dari 20-22 November tahun ini dijangka tidak menghadapi pertandingan bagi jawatan utama, kata presidennya Datuk Seri William Mawan.

Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur dalam entiti sekarang, ketika parti itu sedang berunding untuk bergabung dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS), sebuah lagi parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Buat masa ini saya belum memikirkan soal berundur dan saya tidak menjangka sebarang pertandingan bagi jawatan itu. Saya harap tidak," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi SPDP di sini, Sabtu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, dijangka merasmikan persidangan tiga tahunan itu.

Mengenai cadangan gabungan, Mawan berkata, kedua-dua parti amat komited ke arah itu dan beliau sedia berkorban demi kepentingan rakyat dengan mengundurkan diri bila keadaan memerlukan.

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan lagi BN, Mawan berkata mesyuarat hari ini membincangkan persiapan untuk mempertingkatkan lagi kempen menambah keanggotaan parti memandangkan senario politik sekarang dalam mana pilihan raya negeri akan berlangsung tidak lama lagi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain