suria

Kementerian sumber manusia kaji beri pencen untuk swasta

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia pada masa ini dalam peringkat kajian untuk memberi pencen kepada pekerja di sektor swasta.

Timbalan Menterinya Senator Datuk Maznah Mazlan berkata ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam usaha menambahbaik kualiti kehidupan rakyat.

"Kementerian kini dalam kajian untuk memberikan pencen seperti yang di nikmati oleh pegawai sektor awam untuk mereka yang bekerja di sektor swasta," katanya dalam rancangan Helo Malaysia oleh Bernama TV di sini malam ini.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berharap sektor awam yang kini diberikan tumpuan dalam penambahbaikan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP)dapat menjadi "role model" untuk sektor swasta. Beliau juga mengumumkan bahawa kementerian akan mengadakan satu majlis anugerah cemerlang KKP kepada individu di semua sektor pada Oktober ini yang dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Semua sektor akan diberikan penghargaan termasuk media dan wartawan yang menyiarkan laporan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain