suria

UPP tumpaskan cubaan seludup benih kerang di CIQ

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan seorang lelaki dan merampas 16 guni benih kerang bernilai RM64,000 yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) di sini semalam.

Komander UPP Kedah Mohd Noor Idris berkata atas maklumat awam, sepasukan anggota UPP menahan sebuah kereta jenis proton Iswara yang dipandu oleh lelaki tempatan berusia 20an ketika memasuki pintu sempadan.

Katanya, setelah membuat pemeriksaan kereta itu, UPP menemui guni berisi benih kerang di beberapa bahagian dalam kereta tersebut.

"Benih kerang itu adalah untuk pasaran Thailand iaitu harga 10 kali ganda berbanding harga tempatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati benih kerang itu diperoleh dari Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah dan kes itu diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut. BERNAMA

Artikel Lain