suria

Bayi baru lahir ditemui mati terendam

KUANTAN: Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui mati di dalam bekas cat berisi air di tandas tingkat tiga, Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan P/Supt Zulkifli Taha berkata mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui terendam dalam bekas air oleh polis yang menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

"Seorang wanita yang dalam keadaan lemah dan hampir pengsan juga berada di sisi mayat bayi itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zulkifli berkata wanita terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.

Beliau berkata pihak hospital mengesahkan bayi terbabit mati akibat lemas dan menganggarkan bayi itu meninggal dunia antara pukul 6 pagi dan 7.30 pagi.

Sehubungan itu, polis menahan wanita terbabit yang kini sedang dirawat di wad bersalin HTAA bagi membantu siasatan, katanya. BERNAMA

Artikel Lain