suria

Kesatuan dan perpaduan jadi tunjang utama negara - PM

SATU MALAYSIA... Menteri-menteri Kabinet turut serta dalam mengusung logo dan cita-cita 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Dataran Merdeka hari ini. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kesatuan dan perpaduan antara rakyat adalah asas paling penting dalam memacu negara ke depan bagi mencapai citacita negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini kerana kesatuan dan perpaduan daripada semua rakyat akan menjadi tunjang kepada masa depan negara dan segala cita-citanya.

"Tiada guna kalau kita ada ramai cerdik pandai, hasil dari bumi, teknologi paling tinggi tetapi segalanya tidak berpaksi kepada kesatuan dan perpaduan," katanya semasa melancar logo 1Malaysia serta program senam seni di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Menggunakan perhimpunan yang disertai hampir 11,500 orang yang memakai baju pelbagai warna Jalur Gemilang sebagai analogi, Najib berkata perhimpuan itu telah dapat dijayakan kerana semua pesertanya mempunyai satu matlamat dan hala tuju yang sama.

"Walaupun pakaian berlainan warna, tapi dalam perhimpunan ini, saudara-saudari bergerak sederap menuju ke satu matlamat. Ini bererti kalau kita ada satu ikatan seperti ini, (ia merupakan) ikatan yang kukuh dan teguh.

"Dari analogi inilah, dah cukup pengertiannya bahawa masa depan negara ini dan segala citacita yang mahu dicapai negara kita mesti bertunjang kepada kesatuan dan perpaduan. Inilah asas yang paling penting," katanya.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman, barisan menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan dan Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw.

Najib berkata konsep 1Malaysia yang diketengahkan itu diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini, dan mereka faham dengan lebih mendalam maksud serta intipati konsep tersebut.

"Apabila konsep ini diketengahkan, ramai orang yang tertanyatanya apa maksud, erti dan intipati kepada konsep 1Malaysia.

Mereka ingin tahu kerana mereka nak fahami, mereka ingin hayati, mereka ingin laksanakan dan terjemahkan ia dalam kerja seharian mereka," katanya.

Mengenai logo 1Malaysia yang berbentuk angka satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang dengan nama Malaysia tertera di kakinya, Najib berkata logo tersebut mempunyai pengertian mendalam, dan akan menjadi satu jenama yang kuat dan popular untuk Malaysia.

"Ia bermula dengan angka satu, kerana tiada angka yang lebih besar daripada angka satu. Maka kita pilih satu sebagai (melambangkan) negara Malaysia menjadi negara yang unggul," katanya.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman, barisan menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan dan Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw.

DITERIMA

Najib berkata, konsep 1Malaysia yang diketengahkan itu diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini, dan mereka faham dengan lebih mendalam maksud serta intipati konsep tersebut.

"Apabila konsep ini diketengahkan, ramai orang yang tertanya-tanya apa maksud, erti dan intipati kepada konsep 1Malaysia. Mereka ingin tahu kerana mereka nak fahami, mereka ingin hayati, mereka ingin laksanakan dan terjemahkan ia dalam kerja seharian mereka," katanya.

Mengenai logo 1Malaysia yang berbentuk angka satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang dengan nama Malaysia tertera di kakinya, Najib berkata, logo tersebut mempunyai pengertian mendalam, dan akan menjadi satu jenama yang kuat dan popular untuk Malaysia.

"Ia bermula dengan angka satu, kerana tiada angka yang lebih besar daripada angka satu. Maka kita pilih satu sebagai (melambangkan) negara Malaysia menjadi negara yang unggul," katanya.

LOGO

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberitahu pemberita selepas acara itu bahawa logo itu hasil karya dan ilham kementerian berkenaan serta agensi di bawahnya sejak konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada April lepas.

Beliau berkata, reka bentuk itu dipilih kerana mudah difahami dan boleh menjadi tarikan kepada semua lapisan masyarakat.

"Maka kita lambangkan satu itu terus menerus dan Perdana Menteri turut mencadangkan sendiri bahawa dalam petak satu itu boleh diletakkan pelbagai simbol atau representasi supaya maknanya perihal (menghuraikan) kepada pihak berkenaan," katanya.

Rais berkata, promosi logo 1Malaysia akan diperluaskan kesemua negeri, parti politik dan juga institusi seperti institusi pengajian tinggi.

Kementerian itu juga akan memperkenalkan lagu tema 1Malaysia pada Rabu depan, yang dipilih daripada beberapa buah lagu yang telah disenaraipendekkan, katanya.

Katanya irama lagu tersebut juga akan mengandungi adunan beberapa genre mewakili masyarakat majmuk Malaysia.BERNAMA

Artikel Lain