suria

Wanita ditahan cuba seludup ketamin dalam alat pengisar

CHENNAI: Seorang ahli perniagaan wanita ditahan di lapangan terbang Tiruchi semalam semasa cuba menyeludup 18 kg dadah ketamin ke Malaysia dengan menyembunyikannya dalam alat pengisar yang dimuatkan dalam begnya.

Perumal Ammal, 45, yang berasal dari daerah Virudhunagar di Tiruchi, ditahan oleh Kastam lapangan terbang itu semasa dia hendak menaiki sebuah pesawat ke Malaysia.

Bungkusan yang bernilai hampir RM400,000 itu ditemui selepas pegawai kastam mengesan alat pengisar itu semasa mengimbas beg yang dibawa oleh wanita berkenaan.

"Suspek mengaku seorang lelaki memberikan alat pengisar itu kepadanya untuk dihantar ke Kuala Lumpur," kata Pesuruhjaya Bersama Kastam lapangan terbang Tiruchi, T. Sivasankaran.

Menurut laporan siasatan, beberapa bahagian alat pengisar itu dikeluarkan untuk memberi ruang kepada dadah ketamin tersebut yang dibungkus rapi dalam plastik.

Bagaimanapun Perumal menafikan beliau membawa dadah dalam begnya dan mendakwa bahawa seorang teman lelakinya meminta beliau menghantar alt pengisar itu sebagai hadiah perkahwinan kepada seorang saudara di Kuala Lumpur.

Pegawai kastam berkata lelaki itu yang dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan dadah di Chenai, dikatakan turut menjanjikan beliau bayaran RM360 (5,000 rupee) sekiranya beliau dapat menghantar alat pengisar itu.

Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan polis. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain