suria

Kebakaran dua kawasan bukit berbelukar berjaya dipadam

KUALA LUMPUR: Pasukan Bomba dan Penyalamat Bangi berjaya memadamkan kebakaran kawasan bukit berbelukar seluas 81 hektar berhampiran kawasan perumahan di Seksyen 9, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, dekat sini.

Pegawai Operasi dan Penyelamat Balai Bomba Bangi Azman Damin berkata pasukan bomba kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di kawasan itu kerana bimbang kemungkinan kebakaran merebak semula.

Beliau berkata tiga jentera, dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan satu dari Kajang bersama 15 anggota dihantar ke kawasan kebakaran itu sebaik menerima maklumat pada pukul 9.22 pagi.

"Kami masih berada di kawasan kebakaran bagi memastikan angin yang bertiup di kawasan itu tidak mencetuskan kebakaran semula dan akan merebak ke tempat lain.

"Kebakaran ini agak kritikal kerana ia berhampiran kawasan perumahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Punca kebakaran masih disiasat, katanya. BERNAMA

Artikel Lain