Johari temui Guan Eng perjelas tindakan MPSP - Semasa | mStar

Johari temui Guan Eng perjelas tindakan MPSP

PULAU PINANG: Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Johari Kassim akan menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menjelaskan tindakan beliau dan tujuh lagi ahli majlis daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua (YDP) MPSP yang baru Khamis lepas.

Katanya, beliau akan mengatur pertemuan itu dalam masa terdekat untuk membersihkan namanya dan menjelaskan bahawa tindakan itu tiada kaitan dengan perasaan kecewa tidak dilantik sebagai YDP MPSP seperti yang didakwa Ketua Menteri.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata tindakannya menyuarakan hasrat parti supaya jawatan YDP MPSP diberikan kepada PKR dibuat selaras dengan minit mesyuarat perhubungan PKR negeri yang mencatatkan mengenai perkara itu.

"Jika PKR diberikan peluang untuk menerajui MPSP, terpulang kepada parti hendak melantik siapa. Kalau parti melantik saya, saya akur dan jalankan tugas itu, kalau tidak, saya tetap memberikan sumbangan sebagai ahli majlis. Tidak timbul soal kecewa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Lim semalam bahawa tindakan sekumpulan ahli majlis memulaukan majlis angkat sumpah bekas pegawai daerah Seberang Perai Utara (SPU) Mokhtar Mohd Jait sebagai YDP MPSP menggantikan Farizan Darus berpunca daripada ketidakpuasan hati Johari mengenai pelantikan itu.

Lim dilaporkan berkata beliau difahamkan oleh Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa Johari tidak berpuas hati kerana beliau tidak dilantik memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Zahrain dalam sidang akhbar malam semalam berkata beliau ada berbincang dengan Lim mengenai tindakan kumpulan itu, tetapi beliau tidak pernah menyebut bahawa tindakan Johari itu berikutan Johari tidak berpuas hati kerana tidak dilantik sebagai YDP MPSP.

Johari, yang juga anggota jawatankuasa PKR negeri berkata setiap parti dalam gabungan pembangkang mesti jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak mentadbir negeri secara bersendirian.

"Sebagai ahli majlis, saya telah memainkan peranan yang positif untuk memperbaiki perkhidmatan MPSP kepada rakyat dan apa jua dasar kerajaan negeri harus didukungi bersama. Kedudukan saya sebagai ahli majlis terletak pada keputusan parti dan setakat ini, parti memutuskan tidak memecat saya, jadi tidak perlulah orang lain pula minta saya letak jawatan.

"Saya harap pada masa akan datang, apa pun keputusan yang hendak diambil perlu dibawa berbincang secara bersama terlebih dahulu. Kita tidak boleh 'dictate' keputusan sendiri pada parti lain," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain