suria

Marin tahan seorang lelaki dan rampas lebih seribu kartun rokok

LANGKAWI: Markas operasi Pasukan Gerakan Marin Kedah/Perlis menahan seorang lelaki dan merampas 1,450 kartun rokok pelbagai jenis yang dianggar bernilai RM104,000 termasuk cukai selepas menyerbu sebuah pelantar di pelantar Kuala Sungai Menghulu dekat Kuah di sini awal pagi ini. Penolong Pegawai Pemerintahnya, ASP Rodzi Abu Hassan berkata serbuan itu dilakukan oleh lima anggota polis marin diketuai Sjn Mejar Zulkifli Ahmad yang sedang menjalankan rondaan di kawasan itu.

Beliau berkata semasa meronda, mereka terserempak dengan tiga lelaki sedang memunggah kotakkotak plastik dari sebuah van dan kereta ke dalam sebuah bot kira-kira pukul 3 pagi.

"Pasukan kami mempekenalkan diri lalu mengarahkan mereka berhenti," katanya pada satu persidangan media di pangkalan markas itu di Bukit Malut di sini hari ini. Bagaimanapun menurutnya dua daripada lelaki itu terus melarikan diri, manakala seorang rakan mereka rakyat tempatan berumur 39 tahun dapat diberkas, dan selepas diperiksa pihaknya menemui rokok-rokok pelbagai jenis dalam bot, van serta kereta itu yang dipercayai cuba diseludup ke tanah besar.

Rodzi berkata pihaknya turut merampas bot, van serta kereta berkenaan, dan kes itu akan disiasat sendiri oleh Gerakan Marin Kedah/Perlis yang berpangkalan di Langkawi. BERNAMA

Artikel Lain