suria

Kontraktor terlepas hukuman gantung kes dadah

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor, Low Thiam Chai, 55, hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati setelah Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah pada 2007.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata bahawa menerusi keterangan saksi pembelaan, mahkamah tidak boleh mengetepikan kemungkinan tertuduh tidak tahu menahu mengenai dadah tersebut yang dirampas dalam kotak pada motosikalnya.

"Terdapat orang lain yang tahu dan mungkin juga terlibat dalam kes ini... kemungkinan Ah Seng (seorang subkontraktor yang turut berada di tempat kejadian) yang meminjam motosikal untuk seketika sejurus sebelum tertuduh ditahan," katanya.

Low didakwa mengedar 99.1 gram dadah berbahaya jenis methyledioxymethamphetamine (MDMA) di jalan raya berhampiran Restoran Sheng Li, di Jalan Matang 2, Off Jalan Kuching, Sentul di sini, pada 8 malam 7 Ogos 2007.

Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil lapan saksi dan pembelaan empat saksi termasuk Low untukmemberi keterangan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik manakala Low diwakili peguam Gooi Soon Seng. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain