suria

Dua broker mengaku tidak bersalah tipu peguam RM150,000

KUALA LUMPUR: Dua broker kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang peguam melibatkan RM150,000, tahun lepas.

M. Subhasathamoorthy, 40 dan S. Ramanaya, 43, didakwa bersamasama menipu Fadzila Said, 37, untuk mempercayai bahawa mereka boleh mengendalikan kemudahan kewangan daripada sebuah bank iaitu Wachovia Bank.

Ini menyebabkan Fadzila menyerahkan RM150,000 kepada mereka, walaupun tertuduh mengetahui kemudahan itu adalah tidak benar.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di firma guamannya, Fadzila Said & Co, No 802 Jalan 1/76 Desa Pandan, Cheras, pada 11 Jun 2008.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli menawarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin atas alasan ia melibatkan satu jumlah yang besar dan kesusahan mangsa selepas kejadian itu.

Peguam S. Bala dan Faridz Dahlan yang mewakili mereka merayu wang jaminan dikurangkan memandangkan keduadua mereka perlu menyara keluarga terutamanya anakanak yang masih bersekolah.

Hakim S.M Komathy Suppiah membenarkan Subhasathamoorthy dan Ramanaya diikat jamin RM20,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin di samping RM10,000 sebagai deposit tunai bagi memastikan kehadiran mereka di mahkamah.

Komathy kemudian menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan kes. BERNAMA

Artikel Lain