suria

Kerajaan tidak harapkan ucapan terima kasih dari Uthayakumar

PEMIMPIN pertubuhan haram Hindraf P. Utahayakumar ketika dibebaskan dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.
PEMIMPIN pertubuhan haram Hindraf P. Utahayakumar ketika dibebaskan dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.
PEMIMPIN pertubuhan haram Hindraf P. Utahayakumar ketika dibebaskan dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengharapkan atau menagih ucapan terima kasih daripada pemimpin pertubuhan haram Hindraf P. Uthayakumar yang dibebaskan semalam dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

"Memang kita tak mengharapkan dia berterima kasih, kita pun tahu dia degil, mengoyakkan bajunya sebelum dibebaskan, dan fitnah macam-macam," katanya sebagai mengulas kenyataan Uthayakumar yang tidak akan berterima kasih kepada kerajaan yang membebaskannya.

"Saya nak ingatkan dia bahawa dia kini adalah rakyat biasa, bebas dari ISA tidak bermakna dia ada imuniti kepada undang-undang lain," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan.

Hishammuddin berkata, segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Uthayakumar akan dibuktikan serta tindakan tegas akan dikenakan terhadap Uthayakumar sekiranya melanggar undang-undang sepertimana yang dilakukan orang biasa lain, " katanya.

Seramai 13 tahanan ISA yang ditahan sejak Dis 2007 dibebaskan semalam termasuk dua pemimpin Hindraf yang lain iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M. Manoharan, dan K. Vasantha Kumar.

Di KEPALA BATAS, PAS menyokong kenyataan bahawa beliau tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskannya daripada tahanan mengikut ISA.

"Saya setuju dengan Uthayakumar bahawa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana penahanannya itu sebenarnya tidak perlu," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang hari ini BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain