Pengganas JI Mas Selamat guna pelampung untuk larikan diri - Semasa | mStar

Pengganas JI Mas Selamat guna pelampung untuk larikan diri

SINGAPURA: Mas Selamat Kastari, yang disyaki pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah telah menggunakan apa sahaja alat yang boleh dijadikan pelampung untuk melarikan diri dari pantai utara Singapura ke Johor Bahru.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura Wong Kan Seng berkata, ini berlaku selepas dia menyelamatkan diri dari Pusat Tahanan Jalan Whitley pada 27 Feb tahun lepas di mana dia ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Wong berkata demikian di sini semalam dengan kementeriannya mengesahkan penangkapan Mas Selamat oleh Polis Cawangan Khas Malaysia pada 1 April.

Wong yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Singapura gembira bahawa Mas Selamat telah dapat ditangkap sambil menambah bahawa polis Malaysia telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Mas Selamat akan dibawa balik ke Singapura dan dihantar ke pusat tahanan yang sama sekali lagi dengan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan, selepas Malaysia menyelesaikan soal siasat mereka, katanya.

Wong berkata Mas Selamat berjaya ditangkap selepas pihak berkuasa Malaysia mendapat maklumat dari rakan sejawatan di negara ini akhir tahun lepas, dan kerajaan Singapura telah dimaklumkan mengenai tangkapan itu sebaik sahaja ia dilakukan.

Mas Selamat dikatakan sebagai dalang yang disyaki dalam komplot untuk menawan sebuah pesawat dan merempuh lapangan terbang Changi.

Di PUTRAJAYA, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam mengesahkan bahawa Mas Selamat yang melarikan diri dari sebuah pusat tahanan Singapura tahun lepas telah ditangkap di Malaysia.

"Ya, saya mengesahkan dia (Mas Selamat) di bawah tahanan kita dan sedang disiasat sekarang tetapi saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut kerana ia adalah isu sensisitif membabitkan tiga pihak kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia.

"Ia juga membabitkan agensi perisikan di bawah tiga kerajaan dan ia merupakan sesuatu yang saya tidak mahu ia menjadi ancaman dan ia juga membabitkan orang lain juga," katanya kepada pemberita di sini.

Hishammuddin berkata apa yang boleh dikatakannya sekarang ialah Mas Selamat sedang merancang sesuatu yang membolehkan pihak berkuasa Malaysia menangkapnya.

Katanya pihak berkuasa Malaysia akan memastikan Mas Selamat tidak akan melarikan diri untuk kali kedua dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Singapura.

"Saya tidak berada dalam kedudukan di mana saya boleh mengumumkan kerana siasatan masih berjalan, apa yang ingin saya katakan hubungan kita dengan pihak berkuasa Indonesia amat erat sekali.

"Tak mungkin kita dapat tangani isu sebegini kalau tidak ada kerjasama dan dalam kes Mat Selamat ini tanpa kerjasama daripada pihak berkuasa Indonesia tidak mungkin kita boleh sampai ke tahap penahanannya," katanya.

Mas Selamat ditangkap dalam operasi polis di Johor Baharu kirakira sebulan yang lepas.

Bernama difahamkan anggota polis daripada Cawangan Khas menangkap Mas Selamat di sebuah kawasan berhampiran Skudai, yang terletak kirakira 25km dari pusat bandaraya Johor Baharu. "Kita mengetahui dia (Mas Selamat) mempunyai saudara-mara yang tinggal di sekitar kawasan Skudai itu," kata sumber yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang operasi penangkapan ketua JI itu kepada Bernama hari ini.

Sementara itu Bernama turut difahamkan bahawa Mas Selamat telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa negara ini.

Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, ketua pengganas kumpulan JI di Singapura itu masih di bawah tahanan polis dan belum dihantar ke Pusat Tahanan di Kamunting, Taiping yang khusus untuk tahanan di bawah Akta ISA.

Sumber itu juga berkata, operasi pemantauan dan penangkapan Mas Selamat di kawasan pinggir Johor Baharu itu dilakukan sepenuhnya oleh anggota polis negara ini, tanpa penglibatan pihak luar. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain