suria

Dua lelaki bersenjatakan pistol samun pengawal keselamatan

PULAU PINANG Dua lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai kirakira RM25,000 hasil kutipan sebuah pasaraya yang dibawa tiga pengawal keselamatan di Taman Lip Sin di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata dalam kejadian kirakira pukul 11.30 pagi itu, tiga pengawal keselamatan sebuah syarikat keselamatan membawa wang tunai melalui pintu belakang pasaraya itu sebelum diserang seorang lelaki.

"Ketika mereka keluar dari pintu belakang pasaraya untuk ke van keselamatan yang terletak kirakira 10 meter dari pintu berkenaan, tibatiba seorang lelaki yang berada tidak jauh dari kawasan itu melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka.

"Salah seorang pengawal keselamatan itu bertindak mempertahankan diri dan melepaskan satu das tembakan ke arah lelaki itu, bagaimanapun kesemua tembakan itu tidak mengenai sesiapa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang melepaskan tembakan itu kemudiannya meluru ke arah salah seorang pengawal keselamatan yang memegang beg berisi wang tunai itu dan cuba merampasnya.

"Berlaku pergelutan antara mereka dan dalam keadaan kelam kabut itu, tibatiba datang rakan suspek dari arah belakang dan merampas beg berisi wang itu," katanya.

Ayub berkata sebaik memperoleh beg berkenaan, keduadua lelaki itu melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Honda yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan polis kini melancarkan operasi besarbesaran bagi mengesan dua lelaki berkulit gelap berkenaan," katanya.

Katanya polis meminta orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubung balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain