suria

Status agama anak: Pakatan tubuh jawatankuasa kaji undang-undang

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji undang-undang syariah peringkat negeri yang berkaitan dengan status agama kanak-kanak apabila salah seorang ibu bapa mereka menganut Islam.

Justeru, jawatankuasa tersebut juga mengadakan perbincangan dengan pemimpin agama, pakar perundangan serta mereka yang berkaitan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kabinet telah gagal dalam mendapatkan pandangan beberapa agensi sebelum memutuskan bahawa kanak-kanak bawah umur harus dibiarkan mengikuti agama ibu bapanya pada waktu perkahwinan mereka. "Kami juga hendak menekankan bahawa Islam menggalakkan kebebasan beragama dan menegaskan bahawa ia tidak membenarkan tekanan digunakan apabila menentukan agama seseorang," kata beliau selepas pertemuan Pakatan Rakyat di sini.

Turut hadir ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dand Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain