suria

Musa: Dadah dalam kontena tak mungkin RM1bilion

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata dadah jenis syabu yang ditemui dalam sebuah kontena di Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin, Pahang, semalam tidak bernilai sehingga RM1 bilion seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar.

Bagaimanapun, katanya, nilai sebenar rampasan itu tidak dapat dipastikan. "Ikut anggaran, tidak mungkin RM1 bilion," katanya kepada Bernama hari ini.

Musa berkata polis sedang menyiasat dari mana bekalan dadah seberat 900 kg itu diperoleh.

"Tiga suspek yang ditahan semalam sememangnya dikehendaki polis berhubung beberapa kes dadah," katanya.

Pada 6 pagi semalam, polis menahan tiga lelaki berusia antara 30 dan 50 tahun dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal dadah jenis syabu.

Ketua Polis Pahang Datuk Robiah Abdul Ghani berkata polis Pahang sedang melengkapkan siasatan.

"Satu sidang media akan diadakan pada Rabu ini," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain