suria

DUN Penanti: PSM juga tunjuk minat bertanding

GEORGETOWN: Parti Rakyat Malaysia (PSM) bercadang untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, namun menghadapi halangan dan tentangan daripada seorang pimpinan parti dari Pulau Pinang.

Setiausha Agung parti, Koh Swe Yong berkata, biro politik yang diketuainya telah memutuskan untuk meletakkan seorang calon baru-baru ini.

"Tetapi kita akan membuat satu keputusan akhir selepas kita adakan satu mesyuarat jawatankuasa pusat pada 6 Mei kerana kita juga mempunyai satu kes mahkamah pada hari yang sama," katanya ketika dihubungi The Star semalam.

Koh berkata, sebab utama PSM untuk meletakkan seorang calon mereka adalah bagi memberitahu rakyat mengenai matlamat dan perjuangan pati.

"Kita menyokong pembangkang dalam lima pilihan raya kecil sebelum ini iaitu selepas pilihan raya umum lalu.

"Tapi kali ini kita merasakan PSM perlu meletakkan calon kerana pilihan raya ini merupakan pilihan raya kecil yang biasa," katanya.

PSM yang mempunyai kira-kira 2,000 orang ahli pernah menurunkan calon mereka pada pilihan raya umum yang lalu bagi kerusi Parlimen Selayang dan Johor Bahru.

Selain itu, mereka juga pernah membariskan calon bagi kerusi DUN Stulang dan Johor Jaya, namun kesemua mereka tewas.

Bagaimanapun, Pengerusi PSM Pulau Pinang berkata, Gary Nair beliau menentang keputusan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

"Apa kesudahannya? Calon kita akan hilang depositnya," katanya.

Gary berkata parti itu telah menentang Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu, dan meletakkan seorang calon akan memberi mesej yang buruk kepada orang ramai.

Artikel Lain