suria

Bekas MP Labuan hadapi tuduhan tipu, deklarasi palsu

DIDAKWA... Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman (kiri) dengan diiringi peguamnya, Rakbir Singh melambaikan tangan sebaik keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas dikenakan pertuduhan petang tadi.

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu bank dengan menggunakan kad pengenalan orang lain untuk menjadi penjamin bagi pinjaman RM160,000.

Datuk Suhaili Abdul Rahman, yang penggalnya sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan tamat pada 31 Mac, dituduh telah memperdayakan pengurus bank Ismail Jantan untuk mempercayai yang beliau ialah pemilik kad pengenalan bernombor H0552181 dalam permohonan pinjaman perumahan bagi RM110,000 dan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre di sini.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad cawangan Kota Kinabalu pada 3 April 1996.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara bagi tempoh satu hingga 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda.

Hakim Caroline Bee Majanil menetapkan 812 Februari depan bagi perbicaraan dan membenarkan Suhaili diikat jamin RM20,000 dengan deposit RM3,000 dengan seorang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais memberitahu mahkamah yang pihak pendakwaan akan mengemukakan 13 saksi manakala peguam bela Rakbir Singh berkata pihak pembelaan mempunyai empat saksi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Suhaili, yang menjangkakan penggalnya sebagai pengerusi Perbadanan Labuan dilanjutkan pada minggu ini, berkata beliau menyerahkan perkara berhubung pelantikannya itu kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

BERITA TERDAHULU

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan menipu dan membuat deklarasi palsu pada tahun 1996.

Beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Suhaili juga merupakan Ketua Umno Bahagian Labuan dan Pengerusi Perbadanan Labuan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain