suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anugerah kecemerlangan pelajar tidak akan dipolitikkan, kata PAS

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan memberi jaminan Program Anugerah Kecemerlangan Pelajar tidak akan dipolitikkan walaupun diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) milik PAS.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kerajaan negeri tidak akan melibatkan pelajar dengan politik.

"Program itu adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap pendidikan anak-anak tanpa mengira fahaman politik ibu bapa yang terlibat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai keraguan sesetengah ibu bapa bahawa anugerah pada 13 Mei ini di pusat berkenaan menjadi medan ceramah politik kerajaan negeri.

Program yang akan diadakan secara besar-besaran itu akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS.

Menerusi program itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) memberi hadiah wang tunai RM500 kepada setiap pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain