suria

Dua bot nelayan pukat tunda musnah terbakar

KUANTAN: Dua bot nelayan pukat tunda musnah dalam satu kebakaran di jeti Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) Kuantan, awal pagi ini.

Penolong Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan Hamdani Madon berkata dalam kejadian pukul 2 pagi tadi, dua bot itu terbakar dan hanyut ke arah jeti Tanjung Lumpur yang terletak berhampiran sebelum meletup dan tenggelam.

Beliau berkata 18 anggota bomba dan penyelamat berkejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati kedua-dua bot itu sedang terbakar dan hanyut menuju ke arah jeti Tanjung Lumpur.

"Kedua-dua bot itu kemudiannya meletup dan karam, kesan letupan itu turut menyebabkan dua bot kecil dan sebuah bot pukat tunda lain di jeti LKIM itu terbakar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata anggotanya berjaya mengawal kebakaran dua bot kecil dan sebuah bot pukat tunda yang terbakar kesan daripada letupan dua bot pukat tunda itu.

Kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

"Punca kejadian masih disiasat, kerugian dianggarkan lebih RM2 juta," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain