suria

Lelaki ditemui mati tertiarap di tepi jalan

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki ditemui mati tertiarap di tepi jalan di KM32 Jalan Pasir Gudang di sini tengah hari ini, dipercayai mangsa pembunuhan.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata lelaki berseluar jean dan baju kemeja merah itu ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri oleh orang awam kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Pemeriksaan mendapati lelaki India yang dipercayai berusia lingkungan 30an itu mengalami luka dileher dan perut kanan, disyaki akibat ditetak dengan objek tajam," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian dan sehingga ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Zainuddin seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supayta menghubungi manamana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain