suria

Pemuda harus diberi ruang luah perasaan - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huruhara dan kekecohan.

"Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Menjunjung Setia Daulat Tuanku di Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kekecohan yang berlaku pada perhimpunan yang dihadiri lebih kurang 3,000 pemuda berbilang kaum dari seluruh pelusuk negara.

Perhimpunan anjuran Pemuda BN itu adalah untuk menyatakan taat setia kepada institusi raja di negara ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain