suria

Elizabeth ke luar negara, tekad lepaskan jawatan

KES DISIASAT: Anggota Jabatan Forensik ketika menjalankan siasatan di rumah Elizabeth Wong, semalam.
KES DISIASAT: Anggota Jabatan Forensik ketika menjalankan siasatan di rumah Elizabeth Wong, semalam.
KES DISIASAT: Anggota Jabatan Forensik ketika menjalankan siasatan di rumah Elizabeth Wong, semalam.

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Elizabeth Wong menyatakan pendirian tidak berganjak daripada keputusannya untuk melepaskan kedua-dua jawatan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Kenyataan terbaru ini, yang ketiga dalam tempoh empat hari, dikeluarkan selepas semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa isu itu akan diselesaikan selepas Wong bercuti selama sebulan dan akan menghadap Sultan Selangor Rabu depan.

Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda berhubung isu itu, Rabu ini.

Semalam juga polis mengunjungi rumah Wong untuk siasatan susulan.

Dalam kenyataan hari ini, Wong, 37, memberitahu: "Saya telah memaklumkan pemimpin-pemimpin parti saya bahawa saya bertekad untuk melepaskan kesemua jawatan saya."

"Saya sudah ke luar negara hari ini," kata ADUN penggal pertama dan juga Ketua Penerangan Wanita PKR.

Pada sidang media kelmarin, Wong mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk melepaskan kedua-dua jawatan itu ekoran pendedahan gambar atau video beliau dalam keadaan separuh bogel yang kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti atas keprihatinan dan galakan mereka... saya meminta mereka faham dengan nasib saya," kata beliau dalam satu kenyataan yang diakhiri dengan nama "Elizabeth Wong".

Dua kenyataan terdahulu diakhiri dengan nama dan jawatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Kelmarin beliau mengumumkan keputusan untuk meletakkan jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan dan keterangan beliau mengenai penyebaran gambar itu telah pun diambil polis.

Wong menambah, meskipun beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan tetapi media dan laman-laman web secara terus-menerus 'mencerobohi' kehidupan peribadi dan privasinya.

"Saya telah dimaklumkan oleh beberapa media bahawa mereka akan terus menerbitkan lebih banyak imej grafik, cerita-cerita sensasi tentang kehidupan peribadi saya.

"Saya juga diberitahu bahawa akan ada serangan baru, dengan banyak gambar dan video dikeluarkan dan diedarkan bagi memperkecilkan saya dan mengebumikan saya," katanya lagi.

Kata Wong, perkembangan semasa ini merupakan kejadian paling "hitam" dalam hidupnya.

"Saya tidak sama sekali merasakan saya seorang diri dan dicaci sedemikian rupa," katanya.

"Saya perlu berehat dan mencari ketenangan untuk keluar daripada situasi yang menyelubungi saya ini," kata beliau sambil menambah, komitmennya kepada PKR akan berterusan.

Wong juga menegaskan beliau akan kekal sebagai ahli PKR - salah satu komponen Pakatan Rakyat dan terus berjuang bagi keadilan masyarakat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain