suria

Kes fitnah Raja Petra didengar 26 Mei depan

KUALA LUMPUR: Kes fitnah penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang didakwa memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain akan didengar di Mahkamah Sesyen selama tiga hari bermula 26 Mei depan.

Hakim Sekeri Mamat menetapkan tiga hari untuk kes itu ekoran permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis, selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan pada 13 Feb lepas supaya kes itu didengar di Mahkamah Sesyen dan bukannya di Mahkamah Majistret seperti yang dipohon oleh Raja Petra. Sebelum ini, Raja Petra, mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah bagi mengembalikan kesnya ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan setelah Mahkamah Rendah berkenaan memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen pada 15 Ogos 2008 ekoran permohonan pihak pendakwaan.

Raja Petra dihadapkan ke mahkamah pada 15 Ogos 2008 atas tiga tuduhan yang didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor, Kolonel Abdul Aziz Buyong dan Kolonel Norhayati Hassan, dalam akuan bersumpah yang dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta kira-kira jam 10.25 pagi pada 18 Jun 2008.

Di bawah Seksyen ini, jika sabit kesalahan, penulis blog Malaysia Todayini boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain