suria

Mayat warga Indonesia ditemui di Sungai Melaka

MELAKA: Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui di Sungai Melaka, berhampiran dengan Melaka Sentral, di sini, hari ini.

Ketua Balai Polis Daerah Melaka Tengah Cif Insp V. Gunasegaran berkata polis menerima panggilan daripada orang awam kirakira pukul 3 petang, memaklumkan penemuan mayat itu.

"Mayat mangsa yang dikenali sebagai Sudiyanto, 25, ditemui terapung di Sungai Melaka dan berpakaian lengkap," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Gunasegaran berkata polis sedang menyiasat punca kematian lelaki berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk bedah siasat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain