suria

GALERI GAMBAR SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN KE-35

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (dua, kiri) memberikan tepukan kepada peserta perbarisan selepas merasmikan Sambutan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35 di Taman Tasik Titiwangsa. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Jeanne Abdullah (tiga, kiri).

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (dua, kanan) dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique (kiri) menyaksikan perbarisan lintas hormat bendera Wilayah Persekutuan pada Sambutan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35.

WARNA-WARNI... Para penari membuat persembahan pada sambutan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35.

CEMAS... Tiga anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengangkat salah seorang peserta perbarisan yang pengsan ketika sambutan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35.

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (dua, kiri) dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah (tiga, kiri) bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique (kanan) dan isteri Datin Seri Noriah Ana Razak (dua,kiri) memotong pulut kuning sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35 di Taman Tasik Titiwangsa.

WARGA kota membawa keluarga masing-masing hadir bagi menyaksikan sambutan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35 di Taman Tasik Titiwangsa.

TAHNIAH... Ketua Kontijen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Mohd Asrul Hisyam Mamat (depan) menunjukkan piala yang dimenangi pasukan perbarisan mereka setelah dinobatkan johan perbarisan terbaik sempena Festival Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35.

CERIA... Kanak-kanak seronok menyertai sukaneka membawa bola ping-pong dalam sudu sempena Sambutan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan dalam festival ini seperti acara tarik tali, permainan dam haji, futsal dan sukaneka untuk kanak-kanak.

WARNA-WARNI... Para penari membuat persembahan pada sambutan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang ke-35 di Taman Tasik Titiwangsa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain