Nizar dicabar dedah dua perkara mengenai hak milik kampung baru - Semasa | mStar

Nizar dicabar dedah dua perkara mengenai hak milik kampung baru

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dicabar mendedahkan sama ada keputusan exco kerajaan negeri memberi hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru dicapai secara sebulat suara ataupun mendapat bantahan pihak tertentu.

"Kalau benar kerajaan negeri telus dan berwibawa seperti yang dilaungkan dan demi kepentingan rakyat Perak, dedahkan sama ada keputusan exco itu sebulat suara ataupun tidak," kata Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Datuk Seri Hilmi Ismail.

Katanya beliau tidak yakin keputusan itu dibuat secara sebulat suara kerana kerajaan negeri merupakan gabungan DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS.

"Saya percaya Menteri Besar diberi nasihat oleh Tuanku Sultan sebelum perkara itu dibawa ke mesyuarat exco tetapi dalam mesyuarat exco, beliau kalah dengan suarasuara (daripada DAP) yang menguasai exco kerajaan negeri," katanya.

Hilmi menempelak Nizar berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar hari ini bahawa tiada sebab untuk beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar berhubung isu pemberian hak milik tanah kekal itu kerana beliau (Nizar) yakin perkara itu tidak mengguris perasaan Sultan Azlan dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah. "Saya tidak faham bagaimana kenyataan itu boleh dikeluarkan kecualilah Menteri Besar tidak membaca titah Raja Dr Nazrin," katanya merujuk titah Raja Muda Perak ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga pada Jumaat lepas bahawa Raja-Raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

"Titah Raja Dr Nazrin sendiri jelas menyatakan bahawa pada 1950 RajaRaja Melayu dah bantah tapi dia (Nizar) ulang balik perkara yang kurang disenangi itu (dengan memberi hak milik tanah kekal)," kata Hilmi.

Mengulas kenyataan Nizar bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan rakyat, Hilmi berkata jika ianya sesuatu yang baik, kenapa pula manfaat itu tidak diberi kepada semua penduduk Perak. BERNAMA

Artikel Sebelum

MTUC: Pencen ganti KWSP tak sesuai

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

Anwar puas hati pendirian Tun M