suria

Konflik Israel-Palestin: Sidang khas Parlimen Isnin ini

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju untuk mengadakan sidang khas Parlimen, yang akan diadakan Isnin depan bagi membincangkan situasi di Gaza.

Di Kuala Terengganu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditanya sama akan meminta lagi kerajaan supaya diadakan sidang khas Parlimen, berkata:

"Kalau kerajaan mempertimbangkan boleh walaupun pada tahap ini, lebih baik kerajaan, bukan setakat buat kenytataan, mengambil inisiatif lebih mendalam."

Sebelum ini, kata beliau, pembangkang ada meminta diadakan sidang khas Parlimen tetapi telah ditolak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain