suria

Enam lelaki termasuk Ahli Majlis MBJB dibebas

JOHOR BAHARU: Enam lelaki termasuk seorang Ahli Majlis Bandaraya Johor Baharu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian seorang ahli perniagaan di sebuah rumah di Taman Tampoi Utama, di sini Ahad lepas, dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi berkata, kesemua lelaki berumur 22 hingga 42 tahun itu dibebaskan kirakira pukul 6.40 petang selepas polis mendapat arahan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Tempoh reman kesemua lelaki itu sepatutnya berakhir Sabtu ini, dan polis telah selesai merekodkan keterangan daripada mereka, katanya.

Ahli perniagaan Wong Siong Kuong, 57, disahkan mati pada kirakira pukul 1 pagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas terbabit dalam pergaduhan dan pertengkaran di rumahnya pada kirakira 11 malam, Sabtu lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain