suria

Karpal minta Anwar jelaskan pendirian mengenai hudud

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh berkata ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan pendirian parti itu mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS jika pembangkang memerintah negara ini.

Katanya Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap kata putus Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hukum itu akan tetap dilaksanakan di negara ini.

"PAS akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan menentangnya," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata PAS tidak boleh mengetepikan keputusan sebulat suara Mahkamah Agung pada 1988 bahawa malaysia bukannya sebuah negara Islam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zahar sah sertai PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain