suria

Penyelia kantin maut dirempuh kereta Penolong Pengarah Kastam

ALOR STAR: Seorang penyelia kantin sebuah sekolah di sini terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika membelok masuk ke sebuah jalan kampung, di Kampung Telok Bulang, Jalan Kuala KedahYan, dekat sini hari ini.

Pegawai Penyiasat Trafik Kota Star Insp Sallehuddin Imran berkata kejadian berlaku kira-kira 8.20 pagi apabila Mohd Noor Othman, 42, dari Kampung Baru, Jalan Kangkong, di sini, dalam perjalanan ke sebuah rumah kenduri di kampung berkenaan.

Katanya setiba di tempat kejadian, mangsa dari arah Yan ke Kuala Kedah dirempuh sebuah kereta yang dipandu Penolong Pengarah Kastam Alor Star Hendon Mohd Noor dari Kampung Seberang Pekan, Yan Besar dari arah yang sama, mengakibatkannya terpelanting dan cedera parah di kepala.

"Mangsa disyaki mahu membelok ke kanan jalan, namun dirempuh kereta dari arah sisi kanan menyebabkan dia terpelanting dan kepalanya parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mayat Mohd Noor dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain