suria

PERKEMBANGAN SUSULAN TRAGEDI TANAH RUNTUH

ANGGOTA tentera giat menyiapkan kerja-kerja membina laluan alternatif bagi membawa keluar penduduk-penduduk yang terkandas ekoran jalan keluar telah tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsadekat sini, hari ini. Pembinaan jalan sejauh 250 meter oleh anggota Tentera Darat itu bagi menghubungkan penghuni dengan jambatan yang yang telah siap dibina selain penting untuk membolehkan para petugas TNB masuk ke kawasan terbabit dan memasang generator untuk rumah-rumah yang terputus bekalan elektrik sejak hari kejadian. - fotoBERNAMA

BERIKUT ialah perkembangan terbaru susulan tragedi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa.

- Satu laluan denai baru bagi memudahkan pemindahan penduduk yang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa akibat tanah runtuh Sabtu lepas mula dibuka pukul 7.30 malam tadi. Laluan sejauh 250 meter itu boleh dilalui kenderaan penduduk untuk berpindah dari kawasan kediaman terbabit, seperti Kyoto Garden.

- Maybank mengumumkan skim bantuan kewangan khas kepada para pelanggan dan kakitangannya yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Ia akan menangguhkan tempoh bayaran bulanan sehingga enam bulan kepada pelanggannya termasuk yang membuat pinjaman kenderaan dan perniagaan.

- Naib Presiden TNB (Pembahagian) Ir. Azman Mohd. berkata, bekalan elektrik kepada 1,500 unit rumah yang terputus bekalan elektrik telah berjaya disambungkan pada pukul 5.26 petang tadi.

- Kawasan perumahan yang menerima bekalan ialah Taman Bukit Jaya, Taman Puncak Bukit Utama, Kondominium Casa Desol, Taman Bukit Utama, Kondominium Oakleaf, Kondominium Impian Selatan, Kyoto Gardeb dan Kelab Kyoto Garden.

- Dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Serin Mohd. Ali Rustam turut lawat.

- Pasukan penyelamat, sukarelawan dan petugas media yang bertugas di lokasi tragedi tanah runtuh sambut Aidiladha di lokasi kejadian. Antara syarikat yang menyumbang juadah untuk kesemua petugas SAR hari ini termasuklah Hotel Concorde Kuala Lumpur.

- TNB berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik menjelang 7 petang ini.

- Laluan kedua sedang dibina oleh ATM dan JKR, tembok sebuah rumah berdekatan dipecahkan manakala kerja-kerja penurapan agak lewat kerana faktor cuaca dan hujan lebat.

- Mendapan tanah menjejaskan usaha membawa jana kuasa bergerak TNB.

- TNB sedang menjalankan kerja-kerja merentang kabel baru 11 kV melalui jalan alternatif yang sedang dibina oleh pihak tentera. Kerja-kerja ini telah bermula sejak awal lagi.

- Jambatan sementara tidak stabil ekoran keadaan tanah di kawasan tragedi.

- Bekalan air telah disambung.

- Hampir 3,000 penduduk melibatkan lima kawasan dan taman sekitar sudah dipindahkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain