suria

Pekerja kuari maut terkena serpihan batu letupan

PADANG TERAP: Seorang pekerja kuari terbunuh apabila kepalanya terkena serpihan batu di kuari Bukit Kohmoi, Tualak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata Chong Wong, 71, dari Bercham, Perak meninggal dunia di Hospital Jitra pada 1.45 tengah hari kira-kira satu jam selepas kejadian itu.

"Chong dan beberapa pekerja lain baru selesai menanam bahan letupan di beberapa lubang di Bukit Kohmoi apabila letupan itu menyebabkan seketul batu terkena kepalanya," kata Ku Yaacob. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain