Ng Yen Yen Laporan seksual terhadap wanita Penan dikeluarkan bulan depan - Semasa | mStar

Ng Yen Yen Laporan seksual terhadap wanita Penan dikeluarkan bulan depan

KUALA LUMPUR:Hasil siasatan berhubung dakwaan serangan seksual terhadap wanita dan pelajar perempuan kaum Penan oleh pembalak di pedalaman Sarawak akan dikeluarkan bulan depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata sebuah pasukan petugas khas yang diwujudkan untuk menyiasat dakwaan itu sejak skandal terbabit didedahkan September lepas, telahpun menyelesaikan siasatan mereka.

"Mereka baru saja pulang dari Sarawak. Kami telah mendengar cerita daripada kedua-dua pihak. Sekarang ini kami menunggu laporan siasatan polis.

"Kami akan menyiasat sehingga ke akar umbi dan menanganinya dengan cara yang paling telus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tumpuan kementerian terarah kepada memastikan hak kaum wanita sentiasa didukung, dan ini bermakna mengadakan ujian DNA ke atas mangsa bagi mengesan penjenayah terbabit sekiranya perlu.

Dakwaan itu muncul apabila laman web Bruno Manser Foundation menyiarkan artikel yang mendakwa yayasan itu menerima maklumat daripada sumber kaum Penan bahawa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram.

Dalam perkembangan lain, Dr Ng berkata Akta Kanak-kanak 2001 yang ketika ini di peringkat akhir semakan, akan diserahkan kepada Kabinet awal tahun depan dan dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun depan.

Beliau berkata pindaan baru itu akan turut memuatkan Dasar Perlindungan Kanak-kanak (CPP) dengan penubuhan mekanisme bagi mengesan kanak-kanak yang hilang merupakan sebahagian besar daripada dasar berkenaan.

Katanya sebuah Jabatan Kanakkanak juga akan ditubuhkan menjelang 2010 bagi menangani semua aspek berhubung hak kanak-kanak termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan kebajikan.

Terdahulu, Dr Ng berkata beliau akan mengetuai sebuah delegasi terdiri daripada pegawai dari Kementerian Dalam Negeri, Pejabat Peguam Negara, Badan Bukan Kerajaan selain kementeriannya ke Kongres Dunia kali ketiga Menentang Eksploitasi Seksual Kanakkanak dan Remaja di Rio De Janeiro, Brazil mulai 25 hingga 28 November.

Beliau berkata persidangan itu akan menangani pelbagai isu berkaitan eksploitasi seksual ke atas kanak-kanak termasuk pemerdagangan kanak-kanak untuk tujuan seks, pornografi dan buruh. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain