suria

Umno Tanah Merah mesyuarat selepas keputusan mahkamah

TANAH MERAH: Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tanah Merah akan dijalankan mahkamah membuat keputusan berhubung satu saman yang difail oleh seorang ahli jawatankuasa bahagian itu dua hari lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata pihak pengurusan tertinggi parti akan memaklumkan tarikh baru sebaik menerima keputusan mahkamah.

"Buat masa ini kita tidak boleh membuat sebarang komen kerana menjadi kes mahkamah dan mesyuarat akan dibuat setelah pihak pengurusan memberi arahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bahagian Tanah Merah yang disepatutnya bermesyuarat pada Sabtu lepas ditangguhkan setelah seorang anggota AJK, Abdul Rahman Ibrahim, mengemukakan saman pemula meminta mahkamah menghalang mesyuarat itu diadakan. Beliau menamakan 32 ahli di bahagian itu sebagai tidak sah untuk hadir kerana gagal menjelaskan yuran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain