suria

Peganggur dipenjara dua tahun kerana bakar tilam

KUALA LUMPUR: Garagara membakar tilam dan katil rumah sendiri kira-kira lima bulan lalu menyebabkan seorang penganggur dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohamed Sekeri Mamat menetapkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh ditangkap iaitu 18 Mei 2008.

Wok Kok Seng, 45, didakwa melakukan perbuatan khianat dengan membakar katil dan tilam yang mungkin akan menyebabkan kemusnahan di sebuah rumah di nombor 157 Jalan 9, Salak Selatan, pada pukul 2.30 petang, 18 Mei lalu.

Dalam rayuannya, Wok, yang tidak diwakili peguam, memohon agar hukuman terhadapnya diringankan kerana ingin menjaga ayahnya yang kini sudah tua.

Menurut fakta kes, Wok membakar katil dan tilam dalam bilik rumahnya dan mengugut mahu membakar rumah setelah kakak ipar dan ibunya enggan memberi wang yang dimintanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah K.M Abu Bakar.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain