Takut dicekup Jabatan Agama, remaja panjat bumbung hotel - Semasa | mStar

Takut dicekup Jabatan Agama, remaja panjat bumbung hotel

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa turun remaja lelaki berumur 19 tahun yang cuba mengugut untuk membunuh diri dan bertindak terjun dari bangunan dua tingkat di sebuah hotel bajet di Jalan pengkalan Chepa semalam. --fotoBERNAMA
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa turun remaja lelaki berumur 19 tahun yang cuba mengugut untuk membunuh diri dan bertindak terjun dari bangunan dua tingkat di sebuah hotel bajet di Jalan pengkalan Chepa semalam. --fotoBERNAMA

KOTA BAHARU Seorang remaja lelaki menimbulkan suasana kelam-kabut oleh kerana panik takut dicekup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam setelah dia didapati berada berduaduan dengan pasangannya di dalam sebuah bilik hotel murah di Jalan Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Pihak bomba juga terpaksa dipanggil untuk memastikan remaja berumur 19 tahun itu tidak bertindak terjun daripada bumbung bangunan hotel dua tingkat tersebut dalam usahanya melarikan diri.

Kejadian itu bermula apabila remaja berkenaan bersama pasangannya yang berumur 16 tahun dikesan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEIK) Kelantan berada di sebuah bilik di hotel tersebut kira-kira 9.15 pagi tadi.

Jurucakap JAHEIK berkata, penghuni bilik tersebut enggan membuka pintu bilik walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

"Selang beberapa kali amaran supaya membuka pintu tidak diendahkan, kami kemudian mendengar bunyi seperti siling dipecahkan.

'Mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku, kami terus bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati pasangan tersebut yang lengkap berpakaian sedang menyorok di atas siling bilik hotel itu.

"Hanya yang perempuan saja berjaya dipujuk supaya turun sebaliknya yang lelaki cuba melarikan diri dengan memanjat terus ke atas bumbung bangunan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pegawai Penjaga Balai Bomba Kota Baharu, Mahmad Fauzi Abdullah berkata pihaknya menghantar tiga buah jentera ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada JAHEIK pada 10.10 pagi.

Beliau berkata pasukannya dikejarkan ke lokasi tersebut bagi bersedia menghadapi kemungkinan remaja lelaki terbabit bertindak terjun dari bangunan itu.

Bagaimanapun katanya, cubaan remaja terbabit untuk terjun dari bangunan itu terbantut apabila mendapati orang ramai yang gempar dengan kejadian itu mula mengerumuni premis hotel berkenaan.

Remaja itu kemudiannya berjaya dipujuk supaya turun, termasuk oleh ibu bapanya yang diberitahu tentang kejadian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain