Mendiang Naib Presiden Gerakan dikebumi Khamis ini - Semasa | mStar

Mendiang Naib Presiden Gerakan dikebumi Khamis ini

TIGA Naib Presiden Gerakan yang baru (dari kiri), Datuk Mah Siew Keong, Datuk Dr S. Vijayaratnam dan Huan Cheng Guan selepas diumumkan menang pada pemilihan jawatan tersebut di Kuala Lumpur pada 11 Oktober lalu. Pada pemilihan kali ini, Mah memperoleh 1, 153 undi, Vijayaratnam (678 undi) dan Huan (568 undi). -- fotoBERNAMA
TIGA Naib Presiden Gerakan yang baru (dari kiri), Datuk Mah Siew Keong, Datuk Dr S. Vijayaratnam dan Huan Cheng Guan selepas diumumkan menang pada pemilihan jawatan tersebut di Kuala Lumpur pada 11 Oktober lalu. Pada pemilihan kali ini, Mah memperoleh 1, 153 undi, Vijayaratnam (678 undi) dan Huan (568 undi). -- fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] SEREMBAN: Mendiang Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. S. Vijayaratnam akan dikebumikan mengikut upacara agama Hindu Khamis ini.

Menurut Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan, Chan Kee Choong pada ketika ini keluarga mendiang sedang menanti kepulangan dua anaknya daripada United Kingdom dan Australia.

"Mendiang akan dikebumikan Khamis ini tapi mungkin berlaku sedikit kelewatan jika anak-anaknya mengalami kelewatan penerbangan," katanya kepada mStar Onlinehari ini.

Bagi mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir, boleh mengunjungi rumah mendiang di alamat No.4, Jalan Datuk Klana Ma'amor, Seremban.

S. Vijayaratnam, yang berjaya mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti bulan lalu, ditemui mati di hadapan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal, Jalan Tunku Hassan di sini tengah hari semalam.

Beliau dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan milikinya itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, Vijayaratnam datang ke kliniknya seperti biasa dan mengambil kunci untuk naik ke tingkat atas bangunan.

"Kata pembantu klinik itu, majikannya memberi alasan ada orang hendak menyewa tingkat teratas di bangunan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini semalam.

Sejurus kemudian, mayat Vijayaratnam ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala dan seluruh badan, katanya.

"Setakat ini siasatan awal menolak penglibatan pihak ketiga atau ada unsur bunuh diri. Kita letakkan kes itu di bawah 'sudden death' (kematian mengejut)," katanya.

Beliau berkata, terdapat orang yang melihat kejadian itu dan polis akan mendapatkan keterangan daripadanya.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon memberitahu Bernama beliau terkejut dengan kematian Vijayaratnam.

Katanya mendiang baru sahaja memenangi jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu bulan lepas.

Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan, Chan Kee Choong menyifatkan kematian Vejayaratnam sebagai satu kehilangan yang besar kepada parti dan masyarakat.

"Ini kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang mesra dan sentiasa mahu memberi bantuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Chan berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah pada mesyuarat badan perhubungan Gerakan Negeri Sembilan di sini Selasa lepas.

"Beliau tidak menunjukkan tanda-tanda luar biasa dan sentiasa kelihatan ceria dan ramah dengan kawankawannya dalam mesyuarat tersebut," katanya.

Vijayaratnam meninggalkan isteri, T. Anusha dan empat orang anak berusia antara 11 dan 26 tahun.

Beliau memenangi kerusi Naib Presiden buat kali keempat pada 11 Oktober lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?