Low Pemuda Umno Selangor serah memorandum bantahan - Semasa | mStar

Low Pemuda Umno Selangor serah memorandum bantahan

SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda Umno Selangor hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak istana bagi mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil perhatian serius terhadap perasaan tidak puas hati berikutan isu pelantikan pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Memorandum bantahan itu diserahkan kepada juruiring Sultan Selangor Komander Ahmad Ramli Kardi di Istana Bukit Kayangan di sini pada 5.05 petang ini oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus untuk perhatian Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Antara lain, kandungan memorandum itu mendesak supaya Menteri Besar tidak ingkar perintah Duli Tuanku yang tidak memperkenankan pemberian jawatan tinggi dan penting kerajaan negeri Selangor kepada bangsa asing, melainkan kepada orang Melayu yang beragama Islam.

Pergerakan itu juga menolak sekeras-kerasnya pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS selepas tempoh persaraan beliau (Low) dilanjutkan setahun oleh Menteri Besar.

Pemuda Umno Selangor juga menyelar tindakan Abdul Khalid yang didakwa biadap kerana memecah tradisi dan mengetepikan kemampuan orang Melayu menerajui tampuk tertinggi pengurusan dan pentadbiran PKNS yang ditubuhkan sejak 1964.

Tindakan Abdul Khalid itu didakwa melukakan perasaan dan maruah orang Melayu dengan tekad kerajaan Selangor berusaha mencari modal mega berjumlah RM10 juta untuk membaiki dan membangunkan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sedangkan Sekolah Agama Rakyat masih banyak belum terbela sepenuhnya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Kronologi beli Eurocopter

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain