suria

Shabery sokong debat terbuka

KAPIT: Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyokong diadakan debat terbuka sebagai satu cara pemilihan pemimpin dalam Umno, sepertimana dicadangkan oleh beberapa pemimpin Umno.

Beliau berkata pendekatan itu akan membolehkan orang ramai menilai personaliti calon, tahap kebijaksanaan, kekuatan dan paling penting, kewibawaan.

"Ia mungkin tidak memberikan gambaran secara menyeluruh tetapi orang ramai pasti ingin tahu perancangan dan program yang ditawarkan calon dalam berdepan dengan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas melawat pasar tani anjuran Majlis Daerah Kapit di sini hari ini.

Katanya di samping membenarkan orang ramai menilai calon, debat terbuka juga dapat membendung politik wang.

Di PUTRAJAYA, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pula berkata terserah kepada calon yang bertanding sama ada memilih untuk mengadakan debat terbuka ataupun tidak.

"Mungkin mereka ada sebabsebab tertentu yang mereka fikir tak nak terlibat dalam debat, dan pihak lain pun mungkin ada sebabsebab tertentu yang menyebabkan mereka nak libatkan diri dalam debat.

"Jadi terserah kepada mereka untuk buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri kementerian itu. BERNAMA

Artikel Lain