Pertandingan rebut jawatan Umno tak adil Shahidan - Semasa | mStar

Pertandingan rebut jawatan Umno tak adil Shahidan

KUALA LUMPUR: Pertandingan merebut jawatan peringkat Majlis Tertinggi Umno pada masa ini tidak berapa adil, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini.

Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata, calon-calon dari negeri yang kecil seperti Perlis mempunyai perwakilan yang tidak ramai berbanding negeri besar yang lain seperti Pahang, Sabah, Perak dan Johor.

"Mereka dari negeri kecil payah sebab perwakilan kecil. Tetapi dalam persatuan dan persatuan sukan boleh sebab mereka hantar jumlah perwakilan sama. Kalau duduk di Perlis payah sikit," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini.

Namun katanya, beliau tidak kisah dengan perkara itu dan percaya akan mendapat pencalonan bagi kerusi Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan akan datang.

Shahidan yang juga Naib Yang Dipertua Perkim berkata satu lagi perkara yang ingin dimaklumkannya ialah mengenai pandangan umum bahawa pemimpin negara hanya datang dari tiga negeri sahaja iaitu Pahang, Kedah dan Johor.

"Kalau ada dari Pulau Pinang misalnya Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) nak tumpang sekejap sahaja, dijatuhkan. Ini pandangan tak betul. Kita mesti percaya kepada qada' dan qadar.

"Apa yang berlaku sekarang memang begitu iaitu kepimpinan Malaysia datang dari Kedah, Pahang dan Johor dan begitu juga bakal kepimpinan kelak. Orang lain nak tumpang sekaki seperti dinafikan hak mereka," katanya.

Shahidan berkata, kepimpinan Malaysia hendaklah orang yang layak dan mampu memimpin negara ke arah yang baik.

Mengenai debat antara calon yang bertanding pada pemilihan Umno kelak, beliau mencadangkan diadakan debat secara tertutup yang hanya disaksikan anggota pergerakan yang terbabit untuk semua calon peringkat tertinggi parti yang mahu bertanding.

"Kenapa mesti debat Pemuda sahaja. Wanita, Puteri, Naib Presiden, Timbalan Presiden pun perlu buat debat.

"Kalau cadang antara Khairy (Jamaluddin) dan (Datuk) Mukhriz (Tun Dr Mahathir) sahaja ia seperti nak memperlagakan antara mereka. Tak eloklahlah ini (seperti ada) proksi Mahathir dan Pak Lah, tak eloklah begitu. Jangan tumpu Mukhriz dan Khairy semata-mata," katanya.

Shahidan sebelum ini menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan Umno akan datang namun menarik diri dan hanya bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi.

Beliau kini memperoleh 24 pencalonan daripada perwakilan bahagian yang mula bermesyuarat sejak 9 Okt lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Puak dalam parti bakal musnahkan Umno Azalina

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Spurs pecat Pochettino!